Tuesday, March 9, 2010

Pengkomersialan Lembu Wagyu...








PENGENALAN

Perkataan Wagyu berasal daripada semua daging lembu di Jepun ('Wa' bermaksud Jepun dan 'Gyu' bermaksud lembu).

Lembu Wagyu terhasil daripada lembu Asia yang asli dan dikacukkan dengan lembu British dan Eropah.

Lembu Wagyu adalah salah satu baka lembu yang baru dikomersialkan di negara kita, Malaysia.

Lembu wagyu adalah lembu yang diurut secara luarannya bagi merangasang hormon pertumbuhan daging yang lebih lembut.

Ianya diternak mengikut permintaan pasaran dalam negara dan juga kepentingan dalam menjana ekonomi negara melalui pendekatan baru.

OBJEKTIF KAMI..??

  • Untuk memenuhi permintaan yang tinggi di pasaran dunia

  • Supaya rakyat Malaysia dapat diperkenalkan dengan daging yang mempunyai kualiti dan baka terbaik.

  • Membuka peluang pekerjaan baru memandangkan proses penjagaan lembu Wagyu memerlukan pekerja yang ramai dan tahap kepakaran yang tinggi.

  • Meningkatkan ekonomi negara dalam penjualan daging beku yang berkualiti.

SELAIN DARIPADA DAGING BEKU, KAMI TURUT MENYEDIAKAN KHIDMAT PENJUALAN EMBRIO DAN JUGA SEMEN, KHAS BUAT PARA PENTERNAK DI DALAM MAHUPUN DI LUAR NEGARA....!!!

KARAKTER LEMBU WAGYU...

  • Kemampuan lembu Wagyu untuk menghasilkan lemak (Oleic Acid) secara seragam melalui proses yang dinamakan sebagai (Marbling). Asid boleh membekalkan tenaga yang diperlukan oleh haiwan.

  • Lembu Wagyu bertanduk dan berwarna antara hitam mahupun merah.

  • dagingnya merupakan daging yang terbaik.

  • Cepat mencapai tahap matang, jinak, menurut perintah, dan boleh menerima persekitaran yang baru dengan cepat.

KELEBIHANNYA...??

  • Daging yang sangat berkualiti dan tidak mempunyai masalah untuk menerima makanan sama ada gandum mahupun pastura.

  • Ianya sangat subur dan mudah membiak. Bagi lembu betina, kitaran kematangan mereka adalah sebelum berumur 12 bulan.

  • dagingnya kurang kolestrol.
  • dagingnya mempunyai nisbah lemak terlarut lebih tinggi daripada asid lemak yang tidak tarlarut.

  • Jarang diserang penyakit dan biasanya sudah bersedia untuk mengadaptasi iklim dan persekitaran yang lebih luas.


  • Mempunyai sifat suka berkawan dan tidak garang.

  • kurang berat badan sewaktu dilahirkan bagi memudahkan proses tumbesaran. Matang pada saiz sederhana berbanding lembu lain yang hanya akan matang ketika saiz badan mereka besar.

KEMUDAHAN PEMASARAN YANG KAMI PEROLEHI..

  • Font sizeBanyak hotel dan restoran terkemuka yang memerlukan daging yang berkualiti tinggi untuk memenuhi permintaan pelanggan yang menginginkandaging yang lembut, berkualiti dan kurang kolestrol.


  • Demand yang tinggi oleh penduduk Malaysia kini yang begitu mementingkan kualiti, kesihatan dan sebagainya.

KEMANA HASIL KAMI DIKELUARKAN..???

  • Dimajukan di dalam negara

  • Dieksport ke negara luar untuk menambahkan hasil ekonomi dalam negara, lebih-lebih lagi kepada negara yang masih belum menggunakan dan mengetahui tantang kelebihan daging lembu Wagyu.

INGINKAN TAWARAN HARGA ISTIMEWA...??

Ini harga yang boleh kami tawarkan kepada anda...

  • Daging lembu (beku) = mencecah harga RM 500 / kg

  • Embrio = 16 embrio RM 3000 / per embrio

  • Semen = 1 hingga 100 straw = RM 100 / straw

= lebih dari 100 straw = RM 80/ straw

RANCANGAN MASA DEPAN...

Banyak lagi kemudahan produk yang akan kami berikan kepada anda...!!!

Antaranya...

  • Eksport daging lembu secara produk.

- sausage, frankfurter, burger.

- Skewer

  • Menyediakan rumah penyembelihan bagi memudahkan pengurusan kerja.
  • Najis lembu dijadikan sebagai baja kompos

- Penghasilan gas Metan

  • Kemudahan mengurut lembu

- Untuk lembu-lembu biasa